Wednesday, November 3, 2010

Berbasikal Hobi Sihat

Berbasikal memang satu aktiviti sihat sangat tapi sakit kemudian hari. Menjadi kegilaan dua tiga empat lima enam orang ahlil kelab, dijangka bakal merebak kepada lebih ramai ahli (secara diam-diam tanpa diketahui pasangan masing-masing) dalam tempoh terdekat. Diterajui Astaka Riders, hampir setiap aktiviti dijalankan di Taman Cabaran Putrajaya.

Okay tak percaya kenapa berbasikal merupakan hobi sihat tapi sakit kemudian hari? Mari kita kaji kronologi berbasikal Astaka Riders.

Ramadhan 2010 - Beberapa hari sebelum raya, Hans Redzha yang hensem dan kiut telah selamat membeli basikal pertama. Makanya semua pun turut serta dalam percubaan ekstrim turun tangga. Hasilnya Hans Redzha bersepah di tangga tingkat dua dimana rim bengkok ditempat kejadian. Bukti kejadian; masih terang kesan tayar di dinding pada ketinggian 120cm dari lantai, dan juga kesan kasut crocs kiut Hans Redzha. pengajaran; jangan pakai crocs semasa bersukan.

Raya Aidilfitri 2010 - Redzha pulang ke kampung membawa basikal. Kereta rosak di Ipoh, angkut basikal balik kampung kereta dia tak heran. Sampai kampung berbasikal lebih 40 kilometer hasilnya balik Kuala Lumpur demam panas. Kiut kan.

Oktober 2010 - Own beli basikal, jadi sekarang dah ada dua orang ada basikal mahal. Tengahari dapat basikal, petang pergi pusing Cheras balik dia pitam. Minta air 100plus orang lain baru kembali bertenaga.

Beberapa hari selepas itu - Redzha dan Own pusing pusing Kuala Lumpur. Lebih kurang 27kilometer berbasikal waktu malam. Dikejar anjing pula.

Esok hari selepas dikejar anjing - Masih lagi tentang Redzha Kiut dan Own. Ke Taman Cabaran, main trail untuk pertama kali. Own langgar pokok terseliuh leher dan luka badan. Redzha maintain sihat, berhati hati sebab dah ada pengajaran.

Selang tak lama sangat, beberapa hari kemudian, lebih kurang dua minggu lepas - Kembali ke Taman Cabaran. Tak sempat habis satu lap Own jatuh hebat dan patah tangan. Untuk pertanyaan lanjut boleh tanya Own sendiri. Tapi yang pasti kalau kau orang lalu tunnel 6Merah, ketahuilah yang tunnel tu dah pun ada nama sekarang; Tunnel Own Azrul bersempena dia orang pertama bersepah di tempat kejadian sampai patah tangan.

Seminggu kemudian - Redzha dah ada rider baru sementara menunggu Own sembuh untuk kembali beraksi. Mohd Kidul dan Redzha kiut kembali ke Taman Cabaran untuk percubaan menawan trek paling besar Asia Tenggara. Redzha rabak lutut, tapi insiden kejatuhan dia perlahan dan lucu. Tanya dia sendiri.

Lepas Redzha rabak lutut, kami pergi lagi - Makin ramai, makin lucu, makin huru hara. Saudara Iwan turut serta dan tidak "chicken" lagi kali ini, disamping IrfanChipan dan Mohd Kidul. Own yang agak-agak lupa insiden 6Merah kembali berbasikal secara ringan. Tiada yang cedera semasa di trail, tetapi IrfanChipan luka parah semasa melakukan aksi bebas sambil berlengging.

Jadi, siapa kata berbasikal adalah hobi sihat semata mata? Hahahaha kalau all the isteri(s) baca aku confirm kau orang tak dapat main basikal lagi.

Sekian dulu, Babai.

p/s:  Marilah semua sertai kami berbasikal, gembira dan seronok, kemudian sakit sikit la.

3 comments:

  1. haha...saya menyokong!
    pabila melihat kembali parut parut lama, teringat di saat ku berbasikal dulu :)

    ReplyDelete