Showing posts with label Kelab 91. Show all posts
Showing posts with label Kelab 91. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Memanggil Semua Ahli Kelab

Ah kemana sajalah kau orang tak memberi sebarang subangan memori ke dalam satu satunya medium mengingati rumah kelab? Tak apa.

Selamat pengantin baru kepada Kulio dan Zeti yang akan menikah sekejap lagi, 19 November, semoga murah rezeki, panjang umur, dukurniakan anak anak soleh-solehah, dan segalanya yang baik baik. Siapa yang pergi Penang nanti tolong lah tampal gambar di blog okay.

Sekian dulu, salam

Tuesday, November 2, 2010

Suatu Hari Pada Masa Akan Datang, Kelab 91 Akan Kembali Mempunyai Club House

"Kelab 91 Maju 2020."

Asal - Usul Kelab 91.

Kelab 91 adalah sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang terbentuk secara tidak langsung akibat tabiat suka melepak di rumah bernombor 91, seksyen 2 shah alam (nama jalan dirahsiakan demi menjaga nama baik Tuan Tanah dan Pakcik Wahab).

Ahli ahli kelab dikumpul berdasarkan kepada jumlah kekerapan menempel dan ketabahan hati mengikuti program program luar jangkaan akal yang biasanya diterajui oleh penyewa-penyewa tegar rumah tersebut. Akan tetapi, ada juga ahli yang tidak berapa kuat hati, senang merajuk dan emosi melampau. Ahli-ahli seperti ini sukar kita kumpulkan dalam aktiviti aktiviti perjumpaan semula kerana tukar nombor telepon tak beritahu kawan dengan niat nak memencil diri.

Kelab 91 tidak menjalankan sebarang aktiviti yang menyalahi undang undang kerajaan Malaysia, yakni ahli-ahli adalah golongan cerdik pandai, cintakan keamanan, dan suka hiburan. Antara aktiviti wajib sebagai ahli adalah duduk di pangkin hadapan rumah setiap petang sambil menyapa pelajar-pelajar UITM yang lalu lalang menuju ke kedai makan berhampiran rumah, selain aktiviti kesenian lewat malam yang sentiasa membangkitkan kemarahan Pakcik Wahab.

Hari ini, 3/4 daripada bilangan ahli kelab telah pun berkeluarga dan bergelar ibubapa. Hanya segelintir yang masih solo (boleh email untuk pertanyaan lanjut, pakerj lengkap).

Sekian dulu sejarah awal Kelab 91 untuk hari ini. Akan bersambung nanti nanti.